CIRI- CIRI PEMBUNGKUSAN (PACKAGING)

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks


Ciri-ciri pembungkusan (Packaging)
Kita sudah memahami apa itu konsep Packaging. Jadi mari kita tahu pula tentang ciri- ciri yang perlu ada terhadap bahan- bahan packaging yang terbahagi kepada dua iaitu:

a)      Bukan makanan
1.     Senarai bahan
2.     Keterangan tentang cara penggunaan dan pemeliharaannya
3.     Berat bersih kandungan
4.     Tarikh buatan dan tarikh luput (jika mengandungi bahan kimia)
5.     Jenama dan ilustrasi (jika perlu)
6.     Amaran jika bahan mengandungi racun
7.     Logo, nama syarikat dan alamat pembuat barangan

b)      Hasil makanan
1.     Keterangan tentang ramuan
2.     Jenama
3.     Gambar hasil
4.     Berat bersih kandungan
5.     Tarikh luput makanan
6.     Logo, nama,dan alamat syarikat atau pembuat hasil
7.     Harga barangan

Menurut Landa (1996), sesebuah bungkusan itu apabila diletakkan di atas ruang pameran untuk jualan. Ianya secara tidak langsung bersaing dengan jenama atau pembungkusan yang lain disebelahnya. Ianya perlulah menarik, dapat dikenali atau dilihat dengan jelas, bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan di pasaran
Diharapkan maklumat ini serba sedikit dapat menambah pengetahuan anda. Nantikan informasi yang seterusnya.
Terima kasih.
CREATIVE BRILLIANT ARTS
LOCATED AT STATION 18, PENGKALAN PERAK.
Adress: NO.73A, JALAN PENGKALAN UTAMA 1, TAMAN PENGKALAN UTAMA, 31650 IPOH, PERAK.
Contact: 0175426061 😉

#ilmumanfaat
#strategiperniagaan
#duniaperniagaan
#maju
#jomkongsiilmu
#teknikperniagaan
#berjayaduniadanakhirat
#tipsperniagaan
#melayuboleh
















Comments

Popular posts from this blog

KRITERIA PEMBUNGKUSAN YANG BERJAYA

KEPENTINGAN PACKAGING