KRITERIA PEMBUNGKUSAN YANG BERJAYA

Imej mungkin mengandungi: teks


KRITERIA PEMBUNGKUSAN YANG BERJAYA
Bukan mudah untuk memulakan sesuatu perniagaan jika tidak tahu kepentingan. Jika dapat dilihat kebanyakkan produk tempatan ‘Produk Melayu’ terlalu banyak kekurangannya yang tidak sama taraf antarabangsa. Justeru kita perlulah mengkaji tentang ini dan membuat pembaharuan strategi kita dengan melihat :

1)      Tarikan
Pembungkusan merupakan sesuatu tarikan kepada produk itu sendiri tidak kiralah produk apa sekali pun, tetapi ‘Design’ keatas pembungkusan itu penting bagi menarik perhatian. Kajian terhadap penggunaan warna, ‘Reka Bentuk’ dan jenis pembungkusan produk itu dapat memberi aura positif kepada pembeli.

2)      Fungsi
Setiap penghasilan ‘PACKAGING‘,  ia mempunyai tujuan yang tersendiri bagi memelihara produk daripada berlaku sebarang kerosakkan. Setiap pembungkusan ada ‘Peranan‘ sendiri sebagai contoh sesuatu yang bersifat cecair akan diletakkan di dalam botol bagi memastikan kualitinya terjaga. ‘Packaging‘ merupakan perlindungan terhadap produk itu sendiri dan tidak berguna jika berjaya ‘Design‘ luaran ‘Packaging‘ tetapi dari segi penjagaan dan pemilihan bahan untuk melindungi produk tidak berjaya.

3)      Label
‘Label‘ merupakan sesuatu yang penting dalam proses ‘Design Packaging‘. Ini kerana, segala maklumat permakanan sesuatu produk terletak di bahagian label bagi memudahkan pembeli membaca. Ia menjadi kepentingan kepada pembeli bagi melihat proses makanan, nutrisi atau bahan makanan pada label tersebut. Maklumat yang tertera pada bungkusan akan membuatkan pembeli rasa untuk membeli tanpa perlu bertanya atau rasa ragu-ragu. Ia memainkan peranan penting bagi memudahkan pelangan meneliti sebelum membeli.

4)      Logo
‘LOGO‘ memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pemasaran, tetapi pakej visual yang dapat menarik perhatian pembeli. Penjelasan terhadap penekanan logo sesuatu produk di dalam proses ‘Design Packaging‘ adalah penting dalam menunjukkan sesuatu penjenamaan produk dengan produk yang lain terutama jika di letakkan pada rak pasaraya. ‘

5)      Warna
 ‘WARNA‘ memainkan peranan yang sangat penting dalam menghidupkan sesuatu ‘Design’.  Design2 warna juga dapat membuatkan mata pelanggan atau pembeli lebih tertarik kearah pembungkusan tersebut. Warna juga memberi kesan terhadap pembungkusan seperti ingin menunjukkan perisa yang berbeza. Warna juga memainkan peranan yang penting bagi menyerlakhan aura terhadap sesuatu produk.  

Diharapkan maklumat ini serba sedikit dapat menambah pengetahuan anda. Nantikan informasi yang seterusnya.
Terima kasih.
CREATIVE BRILLIANT ARTS
LOCATED AT STATION 18, PENGKALAN PERAK.
Adress: NO.73A, JALAN PENGKALAN UTAMA 1, TAMAN PENGKALAN UTAMA, 31650 IPOH, PERAK.
Contact: 0175426061 😉

#ilmumanfaat
#strategiperniagaan
#duniaperniagaan
#maju
#jomkongsiilmu
#teknikperniagaan
#berjayaduniadanakhirat
#tipsperniagaan
#melayuboleh


Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN PACKAGING

CIRI- CIRI PEMBUNGKUSAN (PACKAGING)